Thursday, November 5, 2009

I Believe 消えかけた あの日の夢

Lepas saja habis jawab final paper yang terakhir, kami berempat merayap ke Plaza Angsana untuk makan besar, prepare barang hantaran dan pilih baju terbaik di Exclusive Bridal Collection untuk majlis penting bagi perempuan dalam gambar di bawah.

Perempuan baju hitam, ye.
Bukan putih.


Memilih baju untuk dilaramkan pada hari bersejarah dalam hidup ialah sesuatu yang paling payah, leceh dan menjerihkan. Tambahan pulak kalau kedai yang kita pergi tu menawarkan perkhidmatan yang macam !@#$. Lebih merumitkan bila rona warna baju-bajunya lebih menjurus kepada kemeriahan warna-warni di sarkas Royal London.

And all we want is just a piece of dress with soft, safe hues.

Lia hanya diberi tiga opsyen untuk mencuba pakaian pengantin yang ada di situ. After cracking our heads trying to find a decent dress for her, kami sepakat menyuruh Lia cuba Baju 1. Baju kebaya potongan labuh berwarna krim with gold beads. Surprisingly, the result was dissatisfying.

Potongan baju tersebut membuatkan dia kelihatan seperti the dress could not accentuate her fine beauty. Aku tak tahu macam mana nak cakap sebab couldn't find the right word to describe the cause.

Lia pulak, sebab takut dengan personal shopper yang dah mula bagi bitchy cue meluat dan menyampah dengan kami berempat, dengan muka nak menangis terus cakap:

"Aku tak kisah, aku tak kisah. Aku tengok cantik je aku pakai. Korang yang cakap baju ni tak cantik."

T__T

We all know, and she herself knows that the dress is hideous on her. The kebaya labuh cutting with that kind of soft material emphasized on her lower part. Hence, makes her look a bit berisi.

Tapi aku tahu, Lia tak mahu dikutuk sebagai high maintenance oleh pekerja di situ, jadi dia hanya mahu main rembat saja. Mana boleh macam tu, kan? Kau dibagi tiga pilihan, kau kenalah guna tiga pilihan yang ada. Kalau baju itu buruk, admit it. And move on with other options. Bukan berserah. Pergimam lah sama pekerja di situ, kau bayar duit for the session hape!

Aku dan kawan-kawan suruh Lia keluar dari fitting room dan cari baju yang lain. Kami duduk di meja sambil melayan otak kiri Ah Chen dan Ah Ye yang suka menganalisis situasi, benda dan ciri-ciri perangai ORANG YANG TAK RETI BERNIAGA. Finally, kami suruh Lia cuba pakai Baju 2, sehelai baju krim yang bahagian dalamnya diperbuat daripada gaun berpotongan lurus dan bahagian luarnya pula baju jarang material-macam-langsir berpotongan pendek.

And it turns out to be REAL BEAUTIFUL :) aku yang jarang puji kawan baik aku ni (gila awkward kalau asyik limpahkan puji-pujian kat kawan baik, sebab lepas puji kena tengok muka lagi, lepas puji tengok lagi, dan lagi, dan lagi) terus bukak kasut tinggi dan:

"CANTIKKKK! CANTIK CANTIK CANTIKKKK!! Pakai ni, pakai ni! Nah amik high heel aku, glide kat kitorang."

Dan ketika itu, aku rasa nak pengsan bila tengok dia berjalan dengan kasut tumit tinggi.

Terlalu comel, terlalu jelita, terlalu manis.

Aish, cepatlah mampir wahai si tarikh. Aku tak sabar nak tengok kawan aku menggedik.


hodoh kan kad ni?
aku jumpak kat kedai buku Rainbow.
ada market ka benda ni?


Oh, bukan jemputan kahwin dari dia, tahu.
Cuma majlis pertunangan ringkas untuk keluarga dan kawan rapat :)
but it surely means a lot to both of the lovebirds.
I can't wait!


Oh oh, sebab Lia takut jadi gemuk,
jadi kami semua pun korbankan masa tidur pagi
untuk temankan dia ke Kompleks Sukan.





Berat aku turun 150 gram,
tapi berat Lia turun 100 gram je?
Usaha lebih lagi!
T__T


Soklan demi soklan mula dilemparkan:
"Lia sudah, Sue bila lagi?".
Malangnya, aku tahyul sikit.

Takut dengan darah manis.
T__T


I believe 消えかけた あの日の夢
いつでも 手をかざし守る

So I believe もしも風に ふるえている時は
二人で探そう 日の射す場所


Monday, November 2, 2009

Separuh Jiwaku Pergi


Ruby Ong, antara 12 tengah malam hingga 1 pagi.
sah mengaktifkan mod mengkarung
dengan bertukar menjadi 23.

umur itu sesuatu yang mind over matter.
if you don't mind, it doesn't matter.


Satu tengah malam yang kritikal, dekat-dekat nak Subuh, aku dan Lia tengah study guna kaedah kau-baca-aku-dengar aku-baca-kau-dengar-pulak;

"Cepat Lia, CEPAT! Ayo ayo kita baca nota Multiple Regression Analysis Abang Azahari ni pulak."

Maksud aku, aku cuma ingin berlawak.

Masa sudah suntuk, stress semakin cekang. Kantung tebal di bawah mata sudah tak ingin nak bertoleransi lagi. Aku sangap.

"ABANG KAU PANGGIL DIA? Wawawawahh. Nanti kalau dia datang tengok kau baca nota dia aku tak tauuuuu!!".

Balas Lia sambil jari pendeknya ditundingkan ke arah tiga buah rangka tingkap yang terpelahang luas; mempamerkan suasana malam yang sunyi, sepi dan errr..

"TAK!! TAKKKKKK!!! Aku tarik balik, aku tarik balik. Ayo ayo kita baca nota Dr. Azahari!".


Selepas satu atau dua jam berikutnya, sambil aku dan Lia berbaring di atas katil dengan mulut bising-bising menghafal satu atau dua perkara; tiba-tiba:

PANG!!

Tak ada angin tak ada hujan, sebuah kadbod besar berwarna hitam jatuh menyembah lantai.

Aku pandang Lia, Lia pandang aku. Agak chuak tapi masing-masing memilih untuk buat dunno.


Esoknya selepas selesai menjawab kertas peperiksaan, bila sampai saja ke bilik, sambil aku angkat kadbod hitam yang jatuh itu untuk ditegakkan di tempat asalnya semula:

"Awat boleh terjatuh pulak benda ni eh, Lia? Kena kuis dengan cicak ke ape?".

"Entah. Semalam aku siap terpikir lagi tau: Abang Azahari ko tu datang tengok kita kottt."

T__T


NOTE:

Noordin Mat Top and Dr Azahari Hussein’s role in the spread of terrorism was mentioned as a major source of Indonesian antagonism towards Malaysia. Although they had a role in wrecking the peaceful life of the Indonesians, it is internationally acknowledged that they were under the tutelage of the top leader of Jemaah Islamiyah, Abu Bakar Bashir.

Wednesday, October 28, 2009

Everybody Makes Mistakes; Look At Hitler.

Mood aku tak berapa nak baik.

Sebab aku sudah skru kertas Pengurusan Projek di minit-minit terakhir. Jawapan aku memang dah 100% betul dah, cantik dan lengkap dengan rajah bagai. Tapi sebab aku gatal pergi belek-belek menatang nombor banyak-banyak tu pada 'masa kecederaan' yang diberikan oleh Prof. J: AKU PI MENGADA TUKAQ JAWAPAN AKU KEPADA JAWAPAN YANG SALAH.

Pada dua minit terakhir, baru aku sedar yang jawapan asal aku sememangnya betul. Aku dah tak punya banyak masa. Dengan rasa geli-geli cemas, aku conteng mana yang sempat dan hantar jalan kerja yang memang macam tahik.

Sempat lagi aku selit nota kecik untuk Prof. J: "Sorry for the mess, sir! Last minute changes."

Dan aku keluar dari bilik peperiksaan dengan hati yang separuh redha dengan gelombanguji ini.

Tapi bukan tentang kertas itu yang buat aku sebu macamni.

Tapi khilaf hari ini sudah buat aku terfikir tentang satu perkara.

Tentang satu keputusan mega yang aku pilih pada beberapa masa yang dulu; sudah mengubah hampir 100% diri aku dari seorang yang antagonistic yet laid back kepada perempuan seperti aku pada hari ini.

Menurut dan mendengar.

Aku macam, sudah dibelinya hampir habis semua kepentingan saham aku hingga ditinggalkan aku sebagai seorang yang hanya ada minority of interest yang ciput dalam pensyarikatan.

5% mungkin.

Kalau hati gembira, saham naik sikit ke paras 0.8% dari kadar semasa.

Tapi pengakhirannya, purata keberuntungan aku, memang tak pernah tinggi. Sama rendah dengan tahap merendahnya diri aku dengan manusia pemanipulasi saham ini.

Si savvy sentiasa ada final say dalam semua perkara, sebab maklumlah kan, dia punya controlling dalam pensyarikatan ini. Aku sedar selagi duit aku masih belum banyak macam duit dia (yang aku pasti, tunggu sampai aku berkedut sejuta pun memang aku dan dia tak akan sama level punyalah); aku hanya layak belong ke dalam golongan minoriti.

Menurut dan mendengar.

Sekarang, yang aku khuatirkan, semakin besar tahap cipher kawalan manusia ini ke dalam dunia aku; semakin kurang minority of interest aku di kaca matanya, semakin melampau-lampaulah menikusnya aku mengiakan kata-kata analitikal tegar dari mulut lancangnya itu.

Dan mungkin, esok lusa aku bakal dicampaknya ke tepi.

Mungkin lepas dia sudah selesai 'membasuh' aku dengan fahaman diktator itu, gamaknya.

And sooner or later, in not more than lengthy period of time, I need to make a few important decisions in life. To pursue various dreams of mine, oh, not that kind of what Martin Luther King talked about. :)

These are just the normal subsequent dreams: Career path, study prospect, GOOD FRIENDS TO TURN TO, tangible assets, and finally, settling down.

And since I am no longer hostile like how I used to be before you entered my life, the single point button of ERASE which I used to press each time I eliminated annoying, bothersome people in life is forever removed.

Because knowing me, when I have made a decision to stay, I'd stay.

To err is human, and I'm not afraid if the decision-cum-mistake needs me to jump off the bridge.

And die in vain.

Friday, October 23, 2009

Semester Yang Paling Sakit

bila jatuh sakit banyak sangat macam ni:

aku mahu futon aku.

ubat paling baru (pagi ni)
bila bangun dengan rasa sakit tekak yang unbiased.
terus mandi dan pandu kereta secara solo lagi lembab
di belakang Kancil sepasang foreigner bangang.
pujuk gigi untuk sengih dengan lawak bodoh doktor yang bosan.

balik.
dan terus tidur.

"I'm leaving! I'm leaving!".
laung seribu enam penyakit yang datang menghinggap,
but the fighter still remains.
T__T

doakan aku kuat mengadap
tuntutan duniawi ini:

  1. 27/10/09 - Business Valuation Final Exam

  2. 29/10/09 - Project Management Final Exam

  3. 31/10/09 - Quantitative Technique In Real Estate Final Exam

  4. 02/11/09 - Facilities Management Final Exam

  5. 04/11/09 - Professional Practice Final Exam

  6. 05/11/09 - Shopping For Engagement Thingies ;)

  7. 07/11/09 - MY PARENTS ARE GONNA TAKE ME HOME! :D

Friday, October 16, 2009

Ulat Dalam Makan Malam

Yuran Ubat:
Soraya: RM87.50 (lima kupang pun nak berkigha?) | Jalia: RM75


Ini cerita tentang macam mana aku dan kawan semangkuk-mak-mentua aku sama-sama jatuh sakit. Sakit tenat, to be exact.

Lepas saja tamat VIVA, Lia dan aku bergegas pulang ke bilik dan bersiap sedia mahu siapkan kertas seminar individu untuk Proceedings For Sustainability In Facilities Management. Beban kerja dilipat gandakan lagi dengan tugas-tugas menyiapkan bahan pameran untuk exhibition booth dalam jangka masa tidak lebih daripada satu pertiga hari.

Maka dikompreskan cerita, gabungan kertas-kertas seminar lengkap dicetak pada jam 9:45 malam. Tinggal kerja-kerja mahu menyiapkan bahan untuk exhibition booth je yang betul start.

Ah Chen dan Ili pun keluarlah ke kedai binding.

"Ili, tapaukan Sue dengan Lia nasik chicken chop dua, eh! Kuah Lia nak banyak, kuah Sue taknak banyak,"
pesan aku sambil kupas kulit telur pindang yang aku jumpa dalam souvenir bag kenduri kahwin kakak kepada Lia.

"Nak tak nak tak? Sedap niiiiiiiii. Bau macam ayam goreng."

Kuasa telepati antara aku dan Lia menunjukkan bahawa memang ada arus kuasa permintaan daripada pihak Lia.

Aku terus bahagi telur pindang tu. Separuh untuk Lia, separuh untuk aku. Dan dengan sekali ngap, maka rasmilah telur pindang itu menjadi MAKANAN PERTAMA kami pada hari tersebut.

Sekali lagi aku ulang, waktu tempatan pada masa tu menunjukkan lebih kurang dalam pukul 9:45 MALAM.

Bila Ili balik ke bilik, kami pun buka makanan dan makan beramai-ramai. Ada 5 orang semuanya: Aku, Lia, Chen, Ye & Ili.

Tapi, awat aku tak lalu ni? Aku tutup kotak makanan yang masih berbaki separuh, dan mengadu yang tekak aku rasa macam tak berapa nak sedap. Aku saspek sebab kahak, kot. Sebab aku kan tengah dalam peringat recovery dari demam. Bila semua orang sudah habis makan, aku bersila di sebalik pintu bilik sambil pandang ke arah deretan selipar orang di koridor luar dengan minyak cap kapak disapu di atas kepala. Kononnya nak jinakkan tang bahagian chakra aku ka hapa tah, hantam sajalah.

"Sue, baik pergi cuba muntah kalau mahu rasa baik," saran Ye dengan bahasa Melayu KBSRnya.

Lia yang memang suka mengangjoon aku sambil gelak-gelak, cuba bagi buah fikiran:

"Sue, ko gi toilet. Ko tengok jamban, mesti keluar macam shower."

Aku akur dan dengar nasihat Lia. Dan erkkk, betul seh! Lima kali aku muntah secara berterusan hanya pada lawatan pertama ke tandas. Tapi bila mual sudah rasa okay, aku pun balik ke bilik dan bersedia mahu sambung buat kerja. Banyak lagi benda tak siap ni. Eh silap, satu apa benda tak buat lagi ni! Tapi, bila aku tengok je semak samun dalam bilik, dengan jumlah manusia yang agak ramai di dalamnya- mual aku datang balik.

Aku kembali ke posisi aku. Depan pintu bilik, tengok koridor yang kosong. Tiba-tiba:

"Uwekkkkkk! Siod laa ko Sue. Ko la ni, aku pun dah nak terikut ko muntah jugak."

Yaaaaaaaa, itu Lia. Kami memang dah lama menghidap penyakit kembar Siam ni.

Benda-benda yang terjadi seterusnya memang buat semua orang pening kepala. Siap aku boleh tergelincir dalam bilik air sebab nak cepat sangat sampai ke syurga muntah. Dan sempatlah jugak kami berdua menghayati perasaan jadi macam penagih dadah kat tandas kolej. Kejap kat sinki, kejap kat shower, kejap kat toilet- memana la yang sempat.

Masing-masing terjelepuk sebab dah tak ada isi yang nak dikeluarkan dari perut. Air semata-mata. Aku sedar yang benda menjadi semakin kronik, bila aku mula didatangi simptom-simptom muntah dan diarrhea pada masa yang sama- sebijik macam pengalaman Muyamkun kena food poisoning.

Yang tambah melemahkan badan aku, bila suhu di bahagian atas badan menjadi panas berapi, tapi tangan dan kaki sejuk menggedi. Rasa lumpuh separuh badan. Aku tak boleh bergerak. Kaku, kebas, macam ada Batu Caves dalam perut mintak dituil keluar. Lepas tu, seperti biasa- dosa-dosa silam mula buat slow motion slideshow. Dan muka mak ayah silih berganti cuba beri semangat pada aku. Azabnya, Tuhan saja yang tahu.

"Lia, kita gi klinik nak tak?."

"Nak.. Nak..."

"Tapi aku tak larat nak balik bilik, ko suruh diorang datang angkut aku boleh tak.."

"Aku pun tak larat.."

......

"Jap, aku gi dapatkan bantuan.."

Aku pun paksa kaki berjalan sepantas yang boleh. Terhuyung hayang. Aku tolak pintu bilik, tak sempat nak cakap apa dan terus rebah dekat atas carpet. Ceh ceh, nak jugak pilih carpet. Patutnya atas lantai lepa simen dahlah kan, baru sadis sikit. Aku terus menggelupur mengadu yang aku sakit, dan aku sejuk. Kelam kabut Ah Ye dan Ah Chen cuba pakaikan stokin di kaki aku. Sebelah corak strawberi, sebelah corak burung. Hantam sajalah.

Lepas aku disweater dan diblanketkan, terus mereka capai beg kuning aku dan isi dengan dompet, telefon dan kad matriks. Mulut aku tak berhenti-henti bising bagitahu yang aku nak cepat jumpa doktor. Sakit ni dah tak boleh dimaafkan lagi dah! Ili turun ke bawah, pergi ambik kereta.

Masa aku tengah terlentang kat atas lantai, aku nampak kaki Lia muncul di pintu bilik.

"Ye, ambil baldi kecik I."


Ya, dan Lia muntah lagi dalam baldi tu sebab dah tak larat nak bertapa kat tandas.

Baldi diabandonkan di koridor. Kami berdua yang lalok tahap gila, main sarung je selipar jamban, dipapah turun anak tangga yang masa tu aku rasa macam ada sejuta steps. Aku dibaringkan di tempat duduk belakang sementara tunggu Lia yang sempat singgah longkang untuk muntah lagi. Masa tu aku rasa bertuah sangat-sangat sebab ada kawan-kawan yang boleh tolong tengokkan aku dengan Lia. Dalam hati sempat terfikir, best jugak eh kalau beranak dengan kawan-kawan. Semua lengkap. Tak ada dokumen atau alat bantuan kecemasan yang tertinggal langsung. Nak mengada-ngada mintak tolong tarik baju yang terselak sebab sejuk kena angin malam pun boleh.

T__T

Sepanjang perjalanan, aku tidur di atas riba Ah Ye dan kaki aku diletak di atas riba Ah Chen. Lia di depan- bila setiap kali lalu hump kat UTM yang berjuta ni, mesti mintak berenti nak uwekkk. Tak silap aku lah kan, Ah Ye dan Ah Chen siapkaan 10 beg plastik untuk persediaan kalau kami berdua nak muntah dalam kereta- dan kesemua 10 beg plastik tu licin di tangan Lia, juara muntah heavyweight.

Sebab klinik di Taman Universiti tak ada yang bukak, kami ke Taman Sri Pulai. Masuk saja ke klinik, aku terbaring lagi kat atas sofa. Badan panas berapi, nak bagitahu kat Ah Chen yang I/C aku ada kat belakang gambar Muyamkun pun aku dah tak larat. Lia pulak- laju je jalan ke tandas, nak teruskan aktiviti muntahnya tu lah. Kesian kawan aku sorang ni. Kurus terus.

Doktor pegang-pegang perut aku, dan sahkan yang memang ada benda. Ho ho. Maksudnya, keracunan makananlah tu. Dia tak cakap banyak, terus disuntiknya aku kat tangan kanan. Lia pun sama, terus tadah tangan mintak injection nak meredakan keadaan. Baru je itu hari kitorang main inject printer, dah kena inject betul-betul rupanya.

Lepas bayar bil, Ili suap ubat ke mulut aku. Sebab kelam kabut yang amat, aku terlebih dos ubat, ha ha. Aku dah tak ambil pusing sebab tak sabar sangat-sangat nak melepasi rasa sakit masa tu. Nak sebut perkataan pindang bila kawan-kawan Cina tanya nama saintifik telur tu pun, dah tak terkeluar. Mulut rasa macam ada satu lapisan lemak.

Lia pulak tak habis-habis dengan muntah. Makan je ubat, sebijik sebotol ubat tu keluar balik. Bila dah balik kolej, sempat lagi dia landing tepi longkang untuk muntah. Siap terbaring atas rumput lagi. Seksa kau tau.

Di bilik, kami kemudiannya dibaringkan di atas katil. Bilik kami yang TERLALU BERSELERAK dikemaskan dengan bersih. Baldi muntah Lia dicuci, dan diletak di sebelah katil Lia kalau-kalaulah Lia nak muntah lagi kaaan. Badan aku yang panas didemahkan dengan tuala berais kiub. PADAHAL MASA TU DAH PUKUL 2am, GROUP KAMI KENA SIAPKAN EXHIBITION PUKUL 8am- DAN SATU APA TAK BUAT LAGI, SEBAB INSIDEN DUA ORANG BUDAK KERACUNAN MAKANAN. Tsk tsk. Aku tak akan lupa momen-momen ini.

Masa yang tepat untuk menguji siapa kawan kita sebenarnya.

Terima kasih sangat-sangatlah Ah Chen, Ah Ye dan Ili sebab sanggup buang kerja ke tepi dan utamakan kami yang tengah merana masa tu. Kalau korang takda, memang sifar teruslah kandungan garam mineral dalam badan aku dan Lia masa tu. Yelah, dua dua jatuh sakit. Nak mintak tolong sapa? Nak dail telefon pun dah tak larat.

Aku memang tak tahu macam mana nak balas jasa dan budi baik kawan-kawan aku ni. PRICELESS! Maksud aku, ingat senang ke nak cari kawan-kawan baik yang berlainan agama, bangsa dan adat resam:

Tapi sanggup tolong pegangkan plastik muntah;

ikhlas mahu hidu muntah;

dan siap buat inferens lagi:

"I bau macam bau telur lah."


MANA? MANA? MANA KAU NAK CARI KAWAN SEHEBAT INI?

Boypren ko pun belum tentu sanggup.

Monday, October 12, 2009

This Is Awesome Times Awesome


Dua tiga hari sebelum VIVA (final year presentation), hidung aku telah dipenuhi dengan initial mukus. Tak cukup dengan itu, aku jugak mengalami sakit tekak sampai suara jadi macam katak. Setiap kali aku bangun tidur pada waktu pagi, suara tak mahu nak keluar. Depresi! Lebih-lebih lagi kalau aku dikejutkan oleh morning call by Muyamkun, hancus!

Petang Sabtu, abang aku dan Kak Syikin (yang super duper BAIK) telah datang ke Johor Bahru. Alang-alang, dijemputnya aku dan dibawak keluar berjalan-jalan di pusat membeli-belah berdekatan. Aku beli barang groseri dengan bantuan Kak Syikin yang rajin melayan demam tegedik-gedik ini. Kami kemudiannya makan steamboat di Johnny's, macam biasa- depending on the big sister's figure to help me with the foods. Seronok sungguh dapat lepaskan stress belajar bila bermanja dengan keluarga kan :)

Malam sebelum VIVA, aku tidur awal. Dalam mimpi, aku ternampak muka Prof R. Dia suruh aku selesaikan masalah valuation yang rumit, dan bila aku cakap aku tak mahu sebab lecehlah, nak kaji balik formula semua- dia terus merajuk. Ha ha. Bila terbangun saja dari tidur, aku terus bercerita kepada kawan-kawan yang lain dan gelak sekuat hati.

Apa taknya, Prof R ialah pensyarah idola aku sepanjang zaman. A Chinese looking guy. Dan dia tak pernah ajar aku, tapi aku mula teruja dengan pengetahuan dan penguasaan kosa katanya yang hebat masa terlibat dalam international intellectual discourse pada awal semester ini. Selain dari sangat cool, dia jugak bawak kereta Volkswagen vintage pulak tu ke fakulti. IT IS AWESOME TIMES AWESOME! ;)

Untuk VIVA hari ini, sepatutnya panel aku ialah Prof H dan Mr N. Tapi disebabkan Prof H tidak dapat hadir, pengganti panel ialah PROF R! Aku dapat tahu yang dia yang jadi pengganti masa aku sudah di depan slideshow. Aku jadi macam, WHAT? Prof R tu dahlah idola aku, mestilah aku teruja macam nak gila kan!

Dalam bilik kecil untuk VIVA, ramai sungguh rakan-rakan yang datang memenuhi bilik VIVA, sampai ada yang kena bersila di bawah. Yang datang, kawan-kawan baik aku, kawan-kawan perempuan lain dan kawan-kawan berbangsa Cina. Sungguh, aku rasa begitu terharu dengan keramaian itu semua :) doumo arigatou!

Mr. N tanya dengan Ah Chen yang orang ramai sedia maklum, selalu ke hulu ke hilir dengan aku.

"Soraya dari Kedah, you pun dari Kedah jugak ke?."

"Tak, I am from Sarawak."

"Then, how come you are very close with her?".

Dia dan kawan-kawan Cina yang lain terus menyahut, "SATU MALAYSIA, MAA!".

Aku sengih kambing je lah.

Sementara menunggu kemunculan istimewa Prof. H, Mr. N sempat lagi tanya maksud nama aku apa. Dan sebab aku memang jenis keturunan lurus bendul:

"Ayah saya cakap nama saya maknanya lampu kelip-kelip. Ayah sayalah cakap."

"Oh, ye ke. Bukan ape. Nama awak macam nama sejenis pokok kayu keras dalam hutan."

T__T

Beberapa orang lecturer juga turut berkeliaran dalam bilik VIVA untuk menyemak senarai nama pelajar. Dr. H yang memang terkenal dengan susunan ayatnya yang kelakar, agak terkejut dengan jumlah audience yang agak meriah ketika itu:

"HAH! Ni ramai-ramai ni bukan sebab nak tengok kawan kamu present kan, tapi mesti sebab nak tengok Encik B hensem ke tak hensem kan?" (BACA: Encik B ialah supervisor Apai dan Kak Reen).

Dan sudah semestinya mata dia terus meliar mengarah kepada Lia yang tengah terngaga dan terdiam dengan kenyataan tersebut. Ha ha.

Bila Prof R masuk ke dalam bilik, aku pun memulakan presentation aku, seyakin yang boleh. Ayat aku susun satu demi satu. Dan oh, terima kasih kepada Lecturer Career Search aku sebab selalu menjadi bolster tolong kuatkan semangat aku. You educated me a lot, grateful for everything, Mr. A.

Presentation berjalan lancar.

Komen dari Prof R yang aku ingat-ingat lupa:

"I have never seen a full house VIVA room, filled with such a big audience! Are they your followers, Soraya? You parti PKR ke UMNO? *hu hu ha ha* Well, I am not going to ask you any question because I admit that this is absolutely the best presentation so far. And please be informed that I am saying this out loud for others' (merujuk kepada khalayak) own good, too.

You pass the proposal stage, and you may proceed with the research.

Your presentation is complete, everything is already there. And I like your first objective, of how you want to know about what prompts the revivers to do the resuscitation. But for your information, the presentation is a bit WORDY.

And now, can you tell me of HOW, WHY, AND WHAT
(tang ni aku dah nervous, nak tanya aku pasal research ke?) CONTRIBUTES TO WELL PREPARATION FOR TODAY'S PRESENTATION?

(aku gelak macam nak pecah perut, ha ha. Buleh pulak dia tanya soalan tersebut, and of course I mentioned that this whole thing will never work out if not without the help of my best girls!)

(dia sambung lagi..)

You should give a pat on your back (dan tindakan refleks aku telah menunjukkan bahawa aku telah menepuk bahu sendiri depan dia, ADOI! MALU MALU.)

DAN BENDA TERAKHIR YANG AKU PALING TAK BOLEH TAHAN:

"Now tell me Soraya, are you one of the descendants of YAMANI PIRATES? OR ARE YOU FROM SOMALIA PIRATES?". (muka serius habis)

Aku diam. Tak jawab. Dalam hati aku terfikir, dia cakap aku ciplak kerja orang ke?

Kali kedua dia tanya, aku tak boleh jawab jugak. Finally, he turned around at the audience, and none of them could answer his question.

"You guys
tak tahu ke Yamani Pirates, Somalia Pirates tu apa?".

Semua geleng kepala.

"What I mean is, you, Soraya- keturunan Arab mana?."

Ha ha. Terpempan aku.

Truth is, aku pun tak tahu asal usul nenek moyang aku dari mana.

T__T

Bila tamat presentation, aku dipanggil berjumpa dengan Mr. N. Hasil daripada perkhabarannya, sesuatu yang awesome times awesome akan berlaku! Tapi tentang itu, nantilah aku fikir baik-baik dulu. :)

Prof. R datang menghampiri aku yang sedang berborak dengan kawan-kawan:

"Soraya, how come I never know you before this, yea?".

"Sebab saya dari diploma, kot."

Wanie menyampuk:

"Sebab dia tak glamour, kot."

HA HA. Buleh jadi :P

susah payah aku menulis dan menampal gambar
untuk assignment Goal Setting
semasa kalut mencuri masa jumpak Muyamkun itu hari
terbalas jugak :)
Alhamdulillah. Thanks, sir!

Wednesday, October 7, 2009

Sore Ga Ai Deshou

de ai 46
love you :)

Suatu masa dahulu ketika di UTM Jalan Semarak, kesenggangan hidup dan riang ria zaman diploma telah merangsang aku supaya pergi gatal-gatal asah lidah ketiga dengan belajar mengenal apa ke J itu Nihongo sebenarnya.

Selain dari June Sensei yang baik hati dan selalu menyuruh aku hafal menatang hurup banyak-banyak tu, aku juga bernasib baik sebab dikurniakan seorang lagi sensei yang garang nak mampus dalam academia. Siapa lagi kalau bukan saudara Muyamkun.

Balik saja dari kelas malam, aku akan revise benda-benda aneh yang diajar oleh June Sensei dengan Muyamkun melalui corong telefon. Pendidikan jarak jauh lah katakan. Kalau ada kuiz, ujian atau peperiksaan akhir; latihan intensif dengan waktu jam tambahan akan berkuatkuasa secara automatik.

Selain garang, saudara Muyamkun juga terkenal dengan ketegasan skema peperiksaannya. Bersama-sama cenderahati Sumitomo dari seberang sana, dikepilkan sekali sepucuk surat bertulisan kanji campur hiragana campur katakana. Dia suruh aku kaji sendiri. Memang tak ada suapan sudu, tahu?

Dengan bantuan sahabat berbangsa Cina, dan disertai dengan aktiviti merangkak-rangkak depan buku tadika aku- barulah dapat aku interpret maksud ayat-ayat tersebut.

Sebagai bukti cinta dan tanda terima kasih tak terhingga kepadanya sebab tolong tambah A dalam slip peperiksaan, aku pernah jugak buat kerja yang tak berapa cerdik tapi memerlukan determination yang tinggi.

T__T

Sebab aku tak pandai merangka ayat untuk buat esei, puisi, syair, pantun, sajak, gurindam, seloka, dan segala-galanya dalam bahasa Jepun; jadi aku pilih jalan gelap untuk tulis lirik berdasarkan video klip lagu di bawah ini.

Jalan gelap yang aku maksudkan ialah aku tak rujuk kepada Romaji Lyrics yang boleh diperolehi dengan bersepah di ruang maya, tapi sebaliknya aku pause lagu ini dari minit ke minit dan tulis liriknya satu-persatu dengan menggunakan kebolehan visual mengingat menatang hurup banyak-banyak tu. Go slow, baru ada roh.

Kemudian aku hantar kepada Muyamkun di kejauhan sana untuk spellcheck, ha ha.

Takdak gheja sungguh aku dulu-dulu.



Tentang study, aku sudah berjaya melepasi sesi interview assessment dengan pensyarah kegemaran. Dia secara impromptu berpura-pura menjadi tauke lawn-mowing dan aku dikehendaki untuk membantu menambahkan kekayaannya.

Sepanjang interview, aku cuma terbayang muka Hans Isaac tengah potong rumput dalam Buli Balik. Jadi, aku tak boleh pergi jauh. Paling jauh aku pergi pun, rumah orang dan stadium bola sepak. KENAPA TAK TERPIKIR LANGSUNG TENTANG GOLF RESORT? Duh, I kept on giving non-stop bullshits about this and that.

But luckily, I scored quite impressive marks for the assessment. Mungkin sebab tahap kelajuan bullshits yang keluar dari mulut aku, atau prinsip suit up yang aku pinjam dari How I Met Your Mother.

Minggu depan minggu kritikal. Sama kritikal macam rupa fizikal bilik aku sekarang, hospital kerajaan pun lawa lagi aku rasa.

Well, doakan viva voce aku berjalan dengan lancar. Kecut perut mengenangkan wajah panel yang terlibat. And all the best to all 4SGP mates :)

Isnin: Final Year VIVA
Rabu: Facilities Management Seminar
Jumaat: Business Valuation Presentation

Saturday, October 3, 2009

Engkau Tiba Bagaikan Pelangi

LATEST UPDATE: She has been confirmed. It's H1N1.


I


Sembilan tahun lepas, ketika aku masih di bangku sekolah, Mama bagitahu: "Cu dapat baby baru. Dia ambik kat foundation."

Kali pertama aku tengok Adik, masa tu dia tengah terlentang tidur kat atas katil. Kecik gila badan Adik. Kulit yang merah jambu buat aku rasa macam nak cium je pipi Adik. Tapi tak boleh rapat, Cu tak bagi.

Kata Cu, "Adik ada penyakit kronik. Her heart, lungs, the things inside there- they can't function well. Cu kesian tengok Adik kat rumah tu, takdak proper care. Tu yang Cu ambik bela dia."

Masa Adik kecik lagi, dia bernafas guna tong besar yang aku tak pasti apa namanya. Bila ada budak kecik lain pakai selipar Adik, Cu terus suruh Pak Su cuci selipar tersebut. Jangkitan kuman kan ada di mana-mana.

Bila Adik semakin membesar, dia sudah boleh bergaul dengan orang ramai tapi masih dalam keadaan yang dikawal. Masuk wad bedah, kena cucuk jarum kat tangan halus tu, telan ubat setiap beberapa jam- sudah jadi perkara biasa untuk Adik.

Tapi semalam, selepas banyak malam Adik tak boleh tidur, Cu bagitahu yang Adik telah DIMASUKKAN KE ISOLATION. Demam dan selesema yang sangat teruk, tak tahu apa puncanya. Boleh jadi sebab bulu kucing di kampung masa raya hari tu, atau boleh jadi jugak sebab virus H1N1 tak guna tu.

Doktor bagi Adik antiviral, dan doktor jugak terpaksa masukkan antibiotik sekaligus sebab lungs dia sudah mengeluarkan bunyi. Bunyi apa aku tak tahu, tapi aku dapat sense sakit yang adik rasa sekarang ni sangat serius.

Sepanjang malam semalam, hidung adik tersumbat, continuous coughing, dan muntah sebanyak 3 kali sepanjang malam. Muntah yang terakhir, MUNTAH DARAH. :(

Ya Tuhan.




II

Little kids have always been my passion. But I never got a chance to be close with the ones who suffer from chronic disease. During my stay of helping my Auntie with her business, I happened to have a daily mingle with Nabila Husna, the 9-year-old cousin. My auntie adopted her since she saw her at the orphanage. She could not bear seeing Adik not receiving specific treatment at the very early months of her age- the condition of her heart lies a huge problem.

My auntie spent a lot of money through hospital admission, major and minor operation, medicines, gas, so on so forth, anything that gives life to Adik. God has granted her the angel, and yup, neverending good fortune is always there in front on my Auntie’s door, paying for her sincerety of raising such a special girl.

Adik has been very close with me during my stay. She is very thin till people could see every line of her bone. A kick or two could easily break her bone, I suppose. Her weight decreased since her last operation. If she got separated from my Auntie, she would get sick. Everynight she would sleep beside me and followed to anywhere I go, imitate anything I do. She could not speak fluently, she was just like a little baby, she called me Aya instead of Kak Soraya.

Each time we walked around the market or Uptown area, her very tiny fingers would hold my hands tightly with a mask put to cover her mouth and nose from dust and smokes. When I asked her, "Adik larat tak?", if she shook her head, only then would I carry her with me.

My Auntie told that since I left her to go home, she cried every night and got sick- 40 degrees of Celcius. If a bit higher than that could again, bring her into ward. She started her special school at the age of eight, a year late than normal kids. But she could not make it through, major pain I suppose.

I hope she would survive this life. The angel is helpless, why must life has to be so hard for her?



III

Tuhan, kuatkan semangat Adik.

Sunday, September 27, 2009

In Dreams And In Love There Are No Impossibilities

music i heard with you was more than music,
and bread i broke with you was more than bread.
now that i am without you, all is so desolate;
and all that once was so beautiful is dead.

but I have promises to keep,
and miles to go before I sleep.

viva sweet love :)



Hari yang aku tak berapa nak tunggu-tunggu, tiba jugak akhirnya.

Jauh di sudut hati, walaupun gembira sebab dapat habiskan masa dengan jantung hati, terbit juga sedikit rasa risau. Risau kalau-kalau luka lama berdarah balik macam entri yang ini.

Atau beriring air mata, jadi tak keruan macam entri yang ini.

Tambahan pula, kepulangan Muyamkun untuk kesekian kalinya ini, aku cuma diberi masa kurang daripada 24 jam untuk dihabiskan bersama. PHU! Mesti habiskan masa sebaik yang mungkin, bisik hati aku yang masuk tidur pada jam 430 pagi dan bangun semula pada jam 630 pagi pada hari kejadian. Excited punya pasal!

Aku sampai di Johor Bahru kot lerah pukul 1 tengahari, dan dijemput oleh Muyamkun di Seri Puteri. Happy gila babas bila dapat tengok muka jantung hati because the last time I saw him was back in May.

Sebab aku rasa sungguh comot dan serabut dengan white shirt and jeans, aku mintak Muyamkun hantar aku balik ke kolej terlebih dulu sebelum ke rumahnya. NAK JUMPAK MAMA DIA UNTUK PERTAMA KALI LAH KAU, takkan nak setting macam baju pergi pasar kot. Plus, awal-awal lagi Muyamkun sudah pesan- jangan nak menggedik pakai baju ketat-ketat, pakai baju kurung sudah. (-__-")

Tapi sebab aku degil tak mahu dengar cakap and let's face it, baju kurung aku semua belum bergosok (dan berbasuh) lagi- I finally settled for pink songket, as in a kebaya labuh. (Gambar tak ada dalam sistem.)

Sampai di rumah Muyamkun dalam pukul 2 petang. Salam dengan semua orang, bagi rasuah berupa sebakul kuih raya ala tunjuk, berborak dengan adik-adiknya: Ieyra, Ita dan Ina; dan dikerah tenaga oleh Muyamkun supaya aku terus kunyah semua makanan lazat-lazat depan mata. Baru je aku nak licinkan mangkuk soto tu, Muyamkun lempar lagi topping masuk dalam mangkuk aku. MEMANG BAIK PUNYA USAHA NAK GEMUKKAN DIRI INI. (-__-")

Tapi macam tak berjaya je kan, kan kan kans? :P

Lepas tu, aku masuk ke dapur dan tukar-tukar cerita dengan Mama jantung hati aku yang sangat baik hati orangnya, gelak dekat Muyamkun yang tak habis-habis dengan buku 555nya, jeling-jeling skrin televisyen, gelak lagi, sengih kambing, gelak lagi, sengih kambing, tup tup dah masuk Asar. Lepas solat, baru aku dan Muyamkun keluar ke Tebrau City.

Kami ke sana sebab mahu beli baju kemeja kerja untuk Muyamkun. Helped him to pick two shirts from CK, cooking seasonings, man's expert skin care and A MOVIE FOR TWO! Sebab kami punya masa yang pendek untuk berdua (flight Muyamkun pada keesokan paginya), hanya wayang sajalah jadi the best option to spend time together.

Filem pilihan: A Perfect Getaway. NAISSSSS! Sebab aku memang suka sangat dengan perangai kahaq Milla Jovovich, and to watch her soft side in this movie is something new for me.

Tapi tulah kan, Jovovich yang tenang jangan disangka tiada buaya. He he.

Wayang pun habis, lampu terpasang, kerusi dilipat, langkah disusun supaya tak tergolek, kami pun baliklah ke rumah. Sebelum balik kolej, Mama Muyamkun bekalkan aku dengan Laksa Johor (YANG PALING SEDAP PERNAH AKU MAKAN SEUMUR HIDUP, DAN DIPERAKUI OLEH LIA SANG TEMAN SEBILIK AKU JUGAK).

Mama Muyamkun sangat comel. Packing setiap topping diasing-asingkan dalam enam bekas mini, laksa dan kuahnya pun well-organized. Macam tapau makanan kat Sedap Corner pun ada. Rahang mulut aku dan Lia terbuka luas bila mula suap laksa ke mulut. Kagum habis aku dengan bakat memasak emak jantung hati aku ni. SEDAP GILA!

Balik dari bertemu dengan jantung hati, aku mula back in business of finishing my damn assignments. Muyamkun pula kemas barang sebab jam 5 pagi sudah mahu bertolak ke Kota Singa. Aku berusaha buat kerja dan habiskan sisa-sisa kudrat terakhir untuk assignment sampai pukul 4 pagi. Kejut Muyamkun bangun dari tidur, dan aku terus flat tanpa khabar berita.

Sedar-sedar, aku sudah terjaga bila Muyamkun bagitahu yang dia sudah mahu masuk ke dalam. Dalam apa aku tak pasti, but after saying apa yang patut untuk orang yang nak terbang jauh- aku pun tidur balik. Dia pun sama, tidur throughout the journey. :)

Sekarang, kami sudah balik ke petak yang lama. At the early stage, I was a bit down due to the separation but was merely saved by tons of works piling up meminta-minta supaya aku merendam muka kecil ini ke dalam kertas-kertas Double A tersebut. (T__T)

Apa boleh buat, encik pensyarah suka uji kesabaran aku dengan bagi tugasan suruh tulis tangan, lekat-lekat gambar, garis line guna magic color dan benda-benda ingenious yang lain.

Currently, kami selamat balik ke petak dam ular yang mana aku kembali dengan tanggungjawab aku, dan dia di sana dengan kaveatnya. Apa yang bakal terjadi pada masa depan, aku masih belum pasti. Malas mahu sesak kepala dengan perancangan short-term, mid-term or even long-term.

Kalau ada jodoh, adalah :)

Thursday, September 24, 2009

Duit Raya Tahun Ini RM335.50, Bukti Aku Masih Muda Remaja

Tsk, anakanda sayang sungguh dengan keluarga ini.




Sesi gedik menggedik di 1 Syawal dengan besties yang tersayang.


Fuhhhh! Akhirnya sambutan Aidilfitri berakhir jugak. Tsk. Tahun ini masa banyak dihabiskan bersama dengan kaum keluarga dan sanak saudara.

  1. Raya Pertama: Lepas melayan tetamu di rumah, terus balik ke kampung pada petangnya untuk melawat granny, uncles and aunties.

  2. Raya Kedua: Lunch di rumah sort-of special of my Abang Chaq's dan sambung melawat uncles and aunties. Berjaya tick senarai kehadiran di 14 buah rumah of my close relatives.

  3. Raya Ketiga: Melayan Adik yang datang ke rumah. She is my Cu's little girl, dan sangat kecil orangnya. Adik menghidap penyakit kronik, jantung berlubang dengan saiz lubang yang agak besar sejak dari kecil, yet my auntie still wants to adopt her and takes care of her like her own child :) semoga Allah murahkan rezeki Cu sampai bila-bila.

    Aku suka layan Adik masa tolong Cu di Uptown Shah Alam, dukung dia bila dia penat, pastikan dia pakai mask bila berjalan-jalan, kongsi makan kueyteow, blablabla- dan kesannya, hari-hari tanpa aku di sisi, dia akan sebut nama aku.

    Kadang-kadang Adik akan berlakon cakap sorang-sorang dengan telefon di tangan, konon macam tengah berbual dengan aku. Bila dia rindu secara ekstrem, wallpaper telefon Cu akan ditukarkan kepada muka aku dan Adik. Kadang-kadang, dia juga akan hantar MMS kepada aku gambar abangnya yang sedang berAikido dengan pesanan ringkas:

    Adik dan Abang kirim salam sayang dekat Kak Soraya.


    Inosen habis kamu, sayang sangat!

    Adik :) dan sepupu sepapat kesayangan yang lain.

  4. Raya Keempat: Keluarga sebelah Mama berkumpul beramai-ramai di rumah pusaka arwah Haji Yaacob alias Tok Wan untuk solat Maghrib, bacaan Yassin dan solat Isya' berjemaah. Adik beradik mama dan sepupu-sepupu aku yang sudah terlebih dewasa pun semuanya sudah beranak-pinak. Jadi, peruntukan katering untuk malam itu ialah untuk 70 ORANG. PHU. Itu pun tak semua ahli keluarga terdekat ada di situ :)

    Untuk memeriahkan lagi suasana, kami buat lucky draw bagi kategori kanak-kanak dan orang dewasa, he he. Hingaq habih masa nak cabut undi!

    Paling memorable, masa semua orang kesian dengan muka disappointed Syafika, anak Kak Yan, yang baru umur 4 tahun. Sebabnya, benda yang tertulis pada undi cabutannya ialah: Ayaq sejuk saja! (T__T)

    Ada jugak budak kenit lain yang dapat: Baulu 2 bijik! instead of prize numbers, he he.

    Ni semua akai Wanie yang naughty la ni, but in the end,
    lepas adjust balik, semua orang dapat hadiah :)

    The youngest baby in the family,
    HADIF YANG WANGI!

  5. Raya Kelima: Saudara-mara datang ke rumah lagi. Tapi pada sebelah malamnya, aku keluar untuk julung-julung kalinya, to enjoy some quality time and deserving entertainment with close friends. Di kesempatan ini, aku nak mintak ampun beribu ampun kepada kawan-kawan lain yang tak sempat nak jumpak, tak sempat nak pi open house, sebab masa tak mengizinkan :(

    Nabillah, Sarah, Yantie, Fuad, Rizal, Apui: kami berkumpul di sebuah kedai kopi yang ada menatang ni kat dalam ruang makannya:

    Ajaib kan?
    Bukan setakat ATM, cash deposit machine pun ada!

    Bila malam makin larut, kami ke pusat karaoke berdekatan. Tapi dukacita dimaklumkan bahawa operasinya hanya sampai jam 1 pagi. Lalu, kami TANPA CULAS telah ubah rancangan dan terus menghala ke kedai mamak di tengah pekan yang tak berapa nak dekat sangatlah dengan lokasi pertama. Tapi tak mengapa, saja nak menikmati lampu neon di jalanan Sungai Petani yang hideous secara beramai-ramai. BILA LAGI, BUKAN?

    Di mamak dan kedai kopi, aku dapat jumpak balik ramai kawan-kawan lama yang ada setengahnya aku dah tak ingat nama, tapi muka mereka semuanya masih fresh in mind :)

    Malam dihabiskan dengan debat perdana antara aku dan Nabillah. Tentang hidup. Mendua. Dan lain-lain. Kecoh jugaklah meja tu, sebab macam biasa, when I am surrounded with old friends, I BECOME VERY, VERY, VERY UNUSUALLY LOUD. Dahlah tengah bertelagah pulak tu kan, lagilah emosi.

    Only one issue that I agree with you, dude. That life is uncertain, and given with the current situation, I also don't long for eternal happiness in future. Manusia sentiasa diuji, sebagai bukti Tuhan mengingati mereka. Hari esok mungkin bukan hari aku, tapi hari ini MEMANG AKU PASTI IALAH HARI AKU.

    Jadi aku cuma perlu live life to the fullest, and give my very best to others because if I want to be treated with good attitude, I must put positivity into the atmosphere, too :)

    Kesimpulannya, tengok Desperate Housewives Season 5 lah untuk faham dengan lebih lanjut apa itu hidup :)

    Thanks for the memorable night, Sarah Sayang.

PS:
Terima kasih kepada ayahbonda, tok, abang saya, pacar abang saya, ibu saudara, ayah saudara, sepupu yang telah berkarier; kerana mengingati hamba yang tak berduit ini setiap kali kalian mengisi duit raya dalam sampul :) someday when I have my own salary, I will do the exact same thing to others.

Setiap satu sen keikhlasan yang diberi, Tuhan saja yang mampu membalasnya.


PPS: Sabtu ni jumpak Muyamkun :)
Blog Widget by LinkWithin